Sahabat Terhormat

Selasa, 3 April 2012

Apam Beras simple


bahan-bahannya:-

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam (tambahan)

Cara-caranya( saya ubahsuai sedikit cara-cara dari resepi asal):-

1.Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar

2.Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.

3.Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.


4.Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.

5.Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.

6.Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan pewrna biru & kuning telur...smangat anak negeri pelis katakan...

7.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kuat.

Nota:-

*Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.

*Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi.
Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

*snap skit bahan2 yg dh dimasukkan kedalam acuan...otw ke dlm periuk kukusan..(^_^)




*taraaa......yg nie dh siap bleh ngapp ngn kopi panasszz..(^_^)




*apam beras saya mmg simplelah...hehe...sebab tak ade kelapa parut...nampak sangat kemalasan saya tu kan...hehe..not bad lah...asalkan gebus n licin je nk menelan...
yg putih pink tu versi dwi color...bleh bikin mcm2 color ikut suka korang lah yer(^,^)

Isnin, 2 Januari 2012

Welcome 2012.....



Apam lady bird sebagai hantaran permintaan customer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...