Sahabat Terhormat

Jumaat, 28 Oktober 2011

Resepi Apam Polka Dott

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara:-

1.masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3.masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4.picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5.letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan*sy guna pipping bag,sbb hasilnya akn nampak kemas.
6.picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7.last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

p/s sila bungkus penutup pengukus anda dgn kain yg bersih untk mengelakkn air menitis atas apam.

Selasa, 11 Oktober 2011

INGIN MEMBUAT TEMPAHAN DAN PEMBAYARAN?

HARGA
Harga yang tertera tidak termasuk kos penghantaran.
Kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli mengikut kadar caj Pos Malaysia Berhad (Pos Laju atau Pos Berdaftar).
Semua urusan pembelian dalam Ringgit Malaysia (RM).

***P/S:OUT OF SERVICE FOR TEMPORARY 1.1.2012 (SEHINGGA DIBERITAHU)Sorry my dear customer.

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan tempahan berkaitan produk boleh diajukan di:
Email:nurrwatie@gmail.com atau chat box yang tersedia di blog utama.
No. tel: 017-6583252


TEMPAHAN
Urusan pembayaran boleh dibuat melalui:
No. akaun Maybank ************
Sila emailkan bukti transaksi ke nurrwatie@gmail.com selepas pembayaran dibuat.
Sebarang tempahan akan disiapkan dalam tempoh di kehendaki.*pastikan apam yg anda oder bertepatan dgn tarikh yg anda kehendaki...
p/s-apam tahan 5 hari(maksimum) dr tarikh di buat.


PENGHANTARAN
Bagi produk yang sedia ada, penghantaran akan dilakukan secepat yang mungkin.
Sila berikan Nama Penuh, Alamat dan No. Tel anda bagi memudahkan penghantaran dibuat,sepertimana yang tersedia di borang pesanan.

Senarai Harga;-

1.biasa(dot-dot bercolor)RM 23/50pcs
2.ladybird@bumble bee/angrybird RM 25/50pcs
3.strawberry/berry/pineapple RM 25/50pcs

Isnin, 10 Oktober 2011

Selasa, 4 Oktober 2011

Donut Gebu



Resepi Donut Gebu (diambil dari Myresipi)

1 kilo tepung gandum
1 paket yeast ( jenama Mauripan)
1 1/2 mug air suam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar susu tepung
5 sudu besar planta
1 sudu besar kentang lecek
gula halus/gula icing

Cara-cara:-

1.Bancuh yis dengan air suam dan gula.
2.Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
3.Gaul tepung, susu tepung, kentang lecek dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
4.Masukkan bancuhan yis tadi.
5.Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
6.Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
7.Biar naik lagi, then baru goreng.
8.Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
9.Gaul dengan gula atau tuang coklat.

Muffin Vanilla


Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Cara-cara:-

1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3.Bakar selama 20minit/180C.




Isnin, 3 Oktober 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...